MATLAMAT PPSUSM
-
Mewujudkan kesedaran di kalangan Pegawai Sains seluruh USM di Malaysia yang terlibat dengan profesyen sains, biologikal dan perubatan.
-
Menggalakkan latihan /pembelajaran /interaksi berterusan di kalangan saintis bagi meningkatkan prestasi kerjaya dan sumbangan terhadap Negara.
-
Mewujudkan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan yang sama peranannya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
-
Bekerjasama dengan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) yang berminat dengan kerja-kerja saintifik dan memberi faedah kepada masyarakat dan Negara.
-
Berperanan sebagai badan rujukan dan khidmat nasihat dalam merangka kurikulum berkaitan sains.
-
Untuk menambah tabung kewangan dengan cara yang tidak bercanggah dengan undang-undang. Semua wang dan keuntungan yang didapati boleh persatuan ini hasil penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan persatuan ini. Tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan atau bonus itu akan digunakan untuk bayaran faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli persatuan. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan yang baik untuk membayar gaji atau sebahagian perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja persatuan ini.
-
Mengutip derma daripada orang perseorangan dan orang awam serta badan bukan kerajaan, koperat untuk tujuan persatuan dengan persetujuan Mesyuarat Agung serta tertakluk kepada kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan dan pihak berkuasa tertentu diperolehi dahulu.