Kata-kata Aluan Presiden
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Selamat datang ke Laman Sesawang Rasmi Persatuan Pegawai Sains Universiti Sains Malaysia (PPS USM). Saya amat bersukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-NYA, Laman Sesawang Rasmi PPS USM dapat dibangunkan semula selepas mengalami masalah teknikal beberapa bulan yang lepas. Harapan saya adalah semoga laman sesawang ini dapat menjadi media komunikasi yang aktif dalam kalangan pegawai sains bukan sahaja dalam USM malah kepada pihak yang berkepentingan di luar agar profesyen pegawai sains dapat berkembang dan mampan sekarang dan di masa hadapan.
Terima kasih kepada pasukan multimedia, pihak PPKT USM Kampus Kesihatan yang bertungkus lumus merealisasikan pembangunan laman sesawang ini dan tidak lupa kepada sesiapa sahaja yang turut menyumbang tenaga, masa dan idea bagi pembangunan laman sesawang ini.
Semoga ALLAH merahmati setiap usaha kita untuk mengorak langkah lebih jauh ke arah peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan khususnya melibatkan profesyen sains.

Presiden PPSUSM
Tn Hj Che Ismail Che Lah